星期一, 8月 13, 2007

書店歇業 vs. 出版商困境

有一段時間沒來逛這家位於吉隆坡郊外嶺的大燈書坊,上星期去逛時,發現書店門口貼滿了招租的廣告,原來她歇業了。

兩年前曾經訪問過這張書店的管理層,了解到他們準備以社區書店的型態為社區的居民服務。這是一家漂亮的書店。書種以家庭讀物為主,包括兒童書籍、生活、健康、宗教(與密宗有關的)、雜誌等等,兼售文具和教具,也在一角設立吧台,供舉辦活動使用。

大燈有明顯的宗教色彩,他們也兼營書籍代理批發,書店樓上是辦公室和特定活動的地方,比較少向外公開。其實有很多常買書的朋友並不知道這家書店,因為她很少做宣傳。所以大概支持的顧客以郊外嶺為主。我曾經在
<老師的夢想>裡提到郊外嶺等了二十多年才有一家個性的書店,孰料不到三年,大燈就「熄滅」了。


大燈書坊的展枱有別於其他書店,相當有個性。


大燈的樻枱,有好多很好看的東西,吸引小讀者

書店吧台,供生活健康活動之用

書店的文具


書店的樓上,是靈修的所在




開業不久的大燈書坊


大燈熄滅


那一邊厢,台灣二百多家出版社抵制金石堂書店不合理的「銷結制」,成立了「台灣出版業者通路秩序聯盟」,以進一步解決出版商和通路之間的矛盾,並防堵誠品書店實施「寄售制」。

台灣出版商所面對的問題其實也是本地中文出版商遇到的問題。馬來西亞中文書業碰到連鎖大型書商,一般都是處於弱勢被動的位置。「寄售制」和「銷結制」都是通路商與出版商交易的方式,書店佔的便宜較大,但是在銷售管理上卻沒有盡應盡的責任,以大壓小。

這些制度無所謂對錯,除了在商言商,我們應以比較大的格局來和出版社與讀者共同成長,才能贏得尊重。

另外,建議出版商聯合爭取與書店對話,求長遠之策。

星期六, 8月 11, 2007

Kedua-dua Pameran Buku dan Fungsi ‘Antarabangsa’

Kita sering mendengar slogan yang berbunyi: ‘Bertapak di Malaysia, Melangkah ke Seluruh Dunia’. Ahli politik acapkali berseru demikian, begitu juga dengan tokoh usahawan. Termaklum daripada slogan ini, kita sedar bahawa sesungguhnya kita tidak dapat menyisihkan diri daripada arus globalisasi. Malaysia dijadikan sebagai tapak, dunia pula gelanggang yang kita tujui. Walaupun kedua-duanya nampak terpisah, tetapi sebenarnya ia merupakan tindakan berpadu yang berhubung kait, cuma berbeza dari segi susulannya.

Pada awal pertengahan tahun ini, dua pameran buku yang penting dianjurkan di Kuala Lumpur. Yang pertama ialah Kuala Lumpur International Book Fair, KLIBF yang ke-26, satu lagi ialah BookFest @ Malaysia yang ke-2. KLIBF merupakan pameran buku berstatus kebangsaan, manakala BookFest @ Malaysia merupakan pameran buku yang terkemuka di negara kita di mana banyak rekod baru pameran buku di Malaysia dilaporkan telah dicipta.

Kita patut mempertalikan kedua-dua pameran buku itu dengan slogan di atas, agar meneliti sejauh manakah kita telah merealisasikan impian yang tersurat dan tersirat dalam slogan itu.

KLIBF yang diadakan pada hujung bulan April dianjurkan bersama oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dan Malaysia Book Industry Council. Pameran buku ini bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) setiap tahun. Melalui tinjauan dan pantauan saya beberapa tahun kebelakangan ini, didapati bahawa pameran buku ini masih mengekalkan corak dan model pemikiran lama dari aspek penyertaan sehingga ke perancangan pameran.

Pameran yang dikelola oleh pihak kerajaan memperlihatkan hala tuju dasar negara terhadap perkembangan industri berkenaan. Ia juga boleh dilihat sebagai hasil sesuatu perusahaan ataupun usaha komersial untuk mempromosikan produk. Pameran merupakan satu-satunya aktiviti yang tidak kurang pentingnya dalam dunia perniagaan mana-mana ekonomi moden. Pameran buku, khususnya yang dianjurkan oleh pihak kerajaan sepatutnya menggabungkan fungsi perdagangan dan kebudayaan. Pengusaha buku biasanya mementingkan fungsi pertama, manakala kerajaan lebih berfokus pada fungsi yang kedua. Oleh yang demikian, kerjasama erat antara kedua-dua pihak itu amat penting dalam menjayakan KLIBF.

KLIBF pada tahun ini masih mengekalkan pendekatan lama yang mengutamakan penerbitan tempatan. Walaupun ia bergelar pameran buku antarabangsa, namun pada hakikatnya hanya terdapat lebih kurang 10 buah pengedar buku yang memainkan ‘peranan antarabangsa’ di setempat. Penerbit-penerbit antarabangsa mahupun pihak penganjur sendiri kurang menunjukkan keikhlasannya dalam hubungan ini. Sekiranya dipertikaikan siapa yang bertanggungjawab, keupayaan pihak penganjur nescaya dijadikan soal.

Walaupun penganjuran pameran buku antarabangsa di serata dunia tiada corak atau model yang tetap, namun banyak yang boleh diteladan, misalnya pameran buku di Frankfurt, Bologna, Singapura, Taipei, Beijing dan sebagainya. Pihak penganjur temasya buku berkenaan sentiasa bertungkus lumus ‘memikat’ penyertaan penerbit luar negara ke negara mereka untuk berinteraksi, di samping berusaha menjadikan pameran buku masing-masing sebagai temasya kunjungan tahunan penting bagi penerbit antarabangsa. Jikalau potensi perniagaan cukup merangsangkan, maka pameran buku itu boleh ditingkatkan taraf sebagai pasaran untuk memperniagakan hak cipta atau penerbitan.

KLIBF tidak memperlihatkan ciri-ciri antarabangsa yang memuaskan mungkin disebabkan kesempitan pemikiran kita. Kita sendiri mengehadkan pasaran buku negara kita sebagai 'pasaran berorientasi import' atau 'pasaran jenis sara diri'. Negara ketiga mengimport buku-buku bahasa Inggeris untuk memenuhi keperluan rakyat mereka. Manakala, pasaran jenis sara diri seperti Amerika Syarikat jarang mengimport hak cipta atau bahan-bahan bacaan dari luar negara.

Walaupun kebarangkalian para penerbit antrabangsa menghadirkan diri dalam KLIBF mungkin rendah, namun pihak penganjur masih boleh mengadakan pameran berdewan yang bertema ataupun mewujudkan dewan pameran negara undangan khas, serta menganjurkan forum khas untuk meningkatkan lagi taraf KLIBF. Sekiranya KLIBF tidak meletakkan pembangunan dan masa depan industri penerbitan tempatan sebagai agenda utamanya, maka pameran buku ini hanya akan menjadi tapak pertunjukan semata-mata. Kita perlu faham, interaksi yang kerap di antara penerbit antarabangsa dan penerbit tempatan sahaja dapat memberi kekuatan dan perangsang kepada aktiviti pembacaan dan pasaran penerbitan tempatan.

Penyertaan penerbit-penerbit tempatan utama dalam pameran buku yang dianggap bertaraf kebangsaan dan antarabangsa boleh dijadikan kayu pengukur yang penting. Penerbit-penerbit boleh menunjukkan kelebihan masing-masing dalam penerbitan dengan melancarkan buku-buku baru dan terbitan agung sempena pameran buku. Akan tetapi aktiviti-aktiviti seumpama ini amat tidak ketara dalam KLIBF. Kita seakan-akan gagal menemui sebuah buku yang hangat diperkatakan dalam KLIBF dijadikan topik perbincangan. Maka kita kehilangan fokus yang sepatutnya ada di tapak pameran.

Namun begitu, penerbit-penerbit bahasa Malaysia telah pun mencuba sedaya upaya memaparkan prestasi yang terbaik. Antaranya, Kumpulan Karangkraf telah memenuhi salah sebuah dewan dengan mempamerkan segala terbitannya dalam usaha memperkasakan empayar penerbitannya. Kita amat mengharapkan perkembangan lebih pesat syarikat tersebut pada masa akan datang.

Meskipun kita boleh melupakan saja pertimbangan antarabangsa, KLIBF masih dianggap tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik untuk memajukan industri penerbitan tempatan. Hanya buku-buku bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan sebilangan buku bahasa Arab yang kelihatan dalam pameran buku tersebut. Terbitan bahasa lain pula seolah-olah tidak hadir sama sekali.

Pada pendapat saya, fenomena ini berlaku kalau bukan kerana penonjolan dasar dan mentaliti budaya bercorak tunggal menjadi puncanya, maka pelepasan peluang dan meminggir diri dalam kalangan para penerbit bahasa lain adalah penyebabnya. Menteri Penerangan menyesal kerana 90% pengunjung pameran tersebut merupakan orang Melayu. Pada pendapat saya, kedua-dua faktor yang tersebut berkait rapat dengan kedinginan sambutannya. Dilema seumpama ini tidak akan terjadi sekiranya pihak penganjur dapat membuat pertimbangan secara menyeluruh dan sempurna. Malangnya, perkembangan industri pernerbitan tempatan pada keseluruhannya adalah tidak sihat.

Mengimbas kembali kejayaan tahun lepas, pengelola utama 'mailto:BookFest@Malaysia 2006', Popular Book Co. (M) Sdn.Bhd. telah mengecapi kejayaan yang cemerlang. Hasrat dan objektif setahun kemudian sekali lagi membuktikan kecemerlangannya di arena penerbitan.

Majlis meriah buku ini yang menonjolkan kehebatannya dalam penerbitan buku bahasa Cina di luar negara mudah melahirkan tanggapan yang salah dalam kalangan orang ramai bahawa ia merupakan satu-satunya aktiviti yang berpadu perusahaan dan kebudayaan.

Mengapakah ia diperkatakan suatu tanggapan yang salah?

Untuk menjayakan pameran buku ini, Popular Book Co. (M) Sdn. Bhd. telah mengatur stafnya ke Negara China, Hong Kong dan Taiwan untuk mencari penerbit-penerbit yang berminat menyertai pameran tersebut. Dalam perkara ini, Popular Book Co.(M) Sdn. Bhd. nampaknya jauh lebih agresif berbanding dengan KLIBF. Akan tetapi, Popular Book Co.(M) Sdn. Bhd. memilih pendekatan mudah dengan menguruskan sepenuhnya urus niaga gerai-gerai buku luar negara. Oleh itu, walaupun banyak penulis luar negara muncul di tapak pameran, ia tetap memberi gambaran bahawa pameran itu hanya merupakan sebuah lagi kedai buku Popular Book Co. (M) Sdn. Bhd. secara besar-besaran sahaja.

Dalam pameran buku ini, syarikat penerbitan luar negara bagaikan 'lenyap'. 'Lenyap' maka tidak mungkin ada dialog antara penerbit dengan pembaca secara mikro. ‘Lenyap’ kerana tiada arus komunikasi antara industri buku dengan kebudayaan secara makro. Tiada interaksi maka tidak berpeluang membuahkan apa-apa peningkatan.

Persoalannya, mengapakah berlakunya senario sedemikian? Kita hanya boleh menyimpulkan bahawa ia memang bukan tujuan asal Popular Book Co. (M) Sdn. Bhd. mengadakan pameran buku ini.

Perkara ini amat menghairankan. Pameran buku yang dianjurkan oleh pihak kerajaan, penerbitan biasanya tidak begitu mementingkan objektif pembangunan industri penerbitan. (Pihak kerajaan melancar kempen membaca atau menyeru orang awam membaca, kerapkali hanya berhenti dengan membuat seruan dan tidak benar-benar mengambil tindakan berkesan). Oleh itu, kita sering berharap para warga industri buku dapat mengambil inisiatif sendiri menganjurkan pameran buku yang berskil makro. Walaupun, BookFest@ Malaysia 2007 telah mencatatkan pelbagai rekod agung, akan tetapi, kita harus mempertimbangkan sama ada ia benar-benar mencapai matlamat pameran buku secara mendalam? Betapa besarkah impaknya terhadap pembangunan industri buku? Kita amat meragui.

Secara keseluruhannya, intipati kedua-dua pameran buku ini nampaknya tidak secocok dengan namanya. Pameran yang bergelar pameran antarabangsa tidak cukup piawai antarabangsanya; yang menganjurkan pameran luar negara pula, penerbit luar negara yang berwibawa tidak hadir, sehinggakan kita terpaksa bertanya di manakah wujudnya penukaran fikiran antarabangsa? Apa yang dikesali ialah penyertaan penerbit-penerbit bahasa Cina tempatan dalam kedua-dua pameran buku ini amat tidak menggalakkan. Mereka sesungguhnya kehilangan peluang bertindak secara proaktif. Akhirnya pasaran buku-buku bahasa Cina tempatan terpaksa menantikan penerokaan oleh ejen-ejen buku.

Kejayaan pameran buku tidak sepenuhnya dapat mencerminkan prestasi sesebuah industri buku. Ternyata sekali pencapaian industri penerbitan kita bukan saja kurang menceriakan bahkan juga mendukacitakan. Sama ada penerbit-penerbit menyertai pameran buku atau tidak, kita masih boleh membuat kesimpulan sendiri tentang prestasi industri buku kita melalui pameran buku.

(Artikel ini diterjemahkan dengan kerjasama Encik Koh Yok Hwa dan rakan redakturnya. Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan mereka)

星期三, 8月 08, 2007

出版巨擎45 (2006年)




世界最大的出版社是哪家?上面是來自<出版人周刊>的資料。亞洲有七家上榜,日本在亞洲稱霸,佔五家。太極虎不遑多讓,緊接在後,中國有一家(高等教育出版社)上榜,以教育出版為主。前十大出版社的銷售額在榜中佔了三分之二強(總值四十五億)。